Isnin, 30 September 2013

Kerja kosong di Pusat Satelit ISN Pulau Pinang

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Satelit ISN Pulau Pinang ingin mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang berikut :

1) Pegawai Belia dan Sukan (S41) - Psikologi Sukan
2) Pembantu Belia dan Sukan (S17) - Lelaki sahaja

Sehubungan itu, Pusat Satelit ISN Pulau Pinang ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk memaklumkan kepada jurulatih sukan atau atlet masing-masing berkaitan jawatan kosong ini. Permohonan juga terbuka kepada pihak luar yang ingin memohon jawatan-jawatan tersebut.

Kepada pihak yang berminat, sila hantar SURAT PERMOHONAN dan RESUME kepada Ketua Pusat Satelit ISN Pulau Pinang di alamat seperti berikut :

Ketua Pusat Satelit ISN Pulau Pinang,
Pusat Satelit ISN Pulau Pinang,
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang,
Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Batu Uban,
Pulau Pinang.

Syarat permohonan :
Jawatan Pegawai Belia dan Sukan - calon perlu mempunyai Ijazah yang berkaitan dengan bidang yang dimohon.

Jawatan Pembantu Belia dan Sukan - KEUTAMAAN adalah calon lelaki yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Pengetahuan atau pengalaman di dalam bidang sukan adalah satu kelebihan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25hb Oktober 2013. Manakala temuduga peringkat negeri Pulau Pinang ialah pada 30hb Oktober 2013.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pn Intan/ Pn Sharina di talian : 04-6606032 / 04-6606033.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan